:)

:)
Syafira Burhanuddin // 21 // Applied Geology, UM

19 May 2015

It makes sense now;


Being a second year student now, I finally realized that everything makes sense now. 

Kalau tanya balik cita - cita masa form 3, aku akan cakap pakar psikologi. Alih - alih form 4, tak dapat sekolah sains. aku daftar je diri pergi sekolah teknik, dengan alasan mahukan suasana baru. 


Okaylah. 
Dekat teknik, aku cuba pupuk minat, kononnya bercita - cita nak jadi jurutera kimia. Aku simpan niat nak sambung belajar di luar negara. Tapi entah kenapa, susah sangat nak pupuk minat pada engineering tu. Akhirnya aku nekad untuk sambung psikologi selepas SPM.

Alhamdulillah, berbekalkan dengan keputusan 10A tu, aku mohon pragram luar negara;


Bsc of Psychology, Uni. of Queensland, Australia.

Tak tahu mana silapnya, aku tak dapat tawaran tu. Entahlah, mungkin terlalu yakin. Mungkin juga Tuhan dah ada perancangan yang lebih baik untuk aku. Jadi aku teruskan perjalanan di Pusat Asasi Sains, Uni. Malaya. Walaupun dah tak ada hati nak dalami ilmu sains, aku teruskan juga atas dorongan mama dgn ayah. 

Rasa stress sangat belajar benda yang kita tak minat.

But Allah knows best.

Suatu hari, entah macam mana terdetik nak tengok maklumat kursus geologi. Tertarik dengan kandungan kursus tu sebab kita akan belajar benda baru.


No more intense lab like chemistry.
No more heavy calculations like physics.

Buat isthikarah dan akhirnya aku yakin. This is the best for me.

And here I am now, a second - year Applied Geology student and a PETRONAS scholar holder.
Everything just making sense now. :)

[1:216]