:)

:)
Syafira Burhanuddin // 21 // Applied Geology, UM

27 May 2012

Alam baru;

Aku terasa macam baru semalam aku habis kertas terakhir SPM.
Terasa macam semalam aku pergi minta kerja di Farmasi Suria.
Terasa baru semalam duduk lepak di SM bergelak ketawa dengan mereka.

Dah setengah tahun berlalu rupanya. Cepatnya masa meninggalkan aku.

Esok aku bakal melangkah ke alam baru. Esok aku bakal melangkah ke menara gading. Meninggalkan keluarga dan rakan-rakan lain di Seremban. Berjauhan dengan si dia.

Aku tak bersedia. Aku takut. Aku sedih. 
Mampu ke aku memulakan perjalanan baru ini ?

Doakan aku berjaya, tak kira di mana aku berada. 
May Allah bless.

18 May 2012

HAPPY BIRTHDAY WONG !

Semua plan tak jadi hanya disebabkan kesalahan membaca peta.
Akibat amarah kerana terasa penat lelah memikirkan surprise untuk mamat nie tak berbaloi, maka aku dgn gaya 'like a boss' terus memecahkan sebiji telur di atas kepalanya lalu digaulkan sekali dgn adunan tepung 1Malaysia. 

Hihi, harap-harap tiada dendam dan tiada balasan lah tahun depan. Aminnn :3


See, aku menangis tahu sebab plan semua tak jadi. 

Haih, I'm gonna miss you bie.
Take care bila dekat Johor nanti.
Remember, I will always wait for you.
Iloveyou :')

12 May 2012

Menulis untuk menyampaikan idea;

Aku sebenarnya sangat suka menulis. Aku minat untuk mengulas tentang sesuatu perkara. Tak kisah lah berkaitan dengan politik ke, pelajaran ke atau sesuatu situasi. Malangnya aku susah mencari masa untuk berfikir dan menulis. aku pun tak tahu apa sangat yang aku sibukkan sehingga tiada masa untuk berfikir. Hikhik k, tak lawak. 

Sebab itulah semasa sekolah dulu, aku suka menulis karangan fakta bagi subjek bahasa Melayu dan aku suka merepek dalam Essay bahasa Inggeris. Kadand-kadang aku rasa aku mempunyai terlalu banyak idea sehingga aku tidak tahu bagaimana hendak sampaikan. 

Mungkin selepas ini aku harus mencari masa untuk berfikir, manalah tahu tulisan aku itu dapat membantu sesiapa. Harap-haraplah. :)

Interview MARA yang ohsem;

Alhamdulillah. Everything went well. :D

Pengalaman di UTP sedikit sebanyak membantu aku dalam interviu kali ini. Formatnya sama, kita satu panel diberi satu task dan perlu berbincang untuk mendapat kata putus terakhir untuk task tersebut.

Pada mulanya aku risau kalau tiba-tiba minda aku tak mampu berfungsi dengan baik untuk mengeluarkan idea dan aku juga risau aku tidak dapat berkomunikasi dengan baik. Interviu ini dijalankan dalam sepenuhnya bahasa Inggeris dan aku ini berlidah melayu. Risau juga tak dapat nak memberi idea dek kerana bahasa.

Malam sebelum interviu aku ada memgogel sedikit tentang pengalaman sesiapa yang telah ditemu duga pada hari Khamis dan Jumaat yang lalu dan ianya sangat membantu. Siapa sangka aku akan dapat soalan yang sama hari ini. Task yang aku dapat sama dengan mamat nie. Silalah klik ye hikhik. Thanks again Ajin. :)

After habis diskusi dengan ahli-ahli panel yang lain, kami akhirnya mendapat kata sepakat dan bersetuju dengan apa yang telah dibincangkan. Sangat ohsem. Rasa sekejap sangat, tengok-tengok dah habis interviu. Tak rasa sangat pun macam interviu. Rasa macam berbincang dengan kawan-kawan je, yang lainnya cuma dalam bahasa  inggeris.

Selepas itu, penemu duga itu adalah bertanya 2, 3 soalan kepada panel kami. Pelik jugak sebab aku ingat setiap seorang akan ditanya soalan. Mereka hanya tanya "What did you learned from this discussion?" dan kenapa kami satu panel nie pilih course psychology. Tuh jeh. Sebelum keluar, mereka tanyalah soalan biasa, "Any questions for us?" dan aku mengambil peluang untuk bertanya sama ada pinjaman ini boleh ditukar ke full scholarship. Pihak penemu duga cakap kita kena  dapat 3.5 and above bari pinjaman ini ditukarkan ke biasiswa. Itu pun kita masih kena membayar balik 20% daripada pinjaman kita. Tapi semua bergantung juga dengan keadaan MARA nanti. :)

Dua, tiga benda yang aku boleh kongsikan yang pertamanya jangan terlalu nervous sampai kehilangan point point semasa perbincangan dengan ahli panel yang lain. Nervous sikit sikit tuh biasalah kan kan ? Keduanya, cubalah google pengalaman sesiapa yang telah ditemu duga tuh, sedikit sebanyak membantu jugak. Ketiganya, cukup sekadar kita menjadi ahli aktif dan memberikan pandangan. Tak perlu nak menjadi leader ke apa, yang penting tonjolkan diri.

Dan akhir kata, berseronoklah, tak perlu tension sgt. :3

Muka saya sucikan kan ? HAHAHA :3

p/s Yol, good luck esok! :D

P/s/s maaflah, tiada apa sangat yang hendak dikongsikan. :3


Freaking Out;

Goshh, gementarnya ! Harap-harap hari nie boleh buat dengan baik. 
Kawan-kawan, doakan saya berjaya.
Harap dapat jadi pakar psikologi yang berjaya dan mampu menyumbang kepada masyarakat suatu hari nanti.
Peace yaw ! :3

06 May 2012

Baby, I'm not going down;

Live well or live hell, you choose.

It depends on you actually. Kau yang pilih sama ada nak happy atau nak keep on jadi pathetic. Takde siapa yang boleh paksa kau buat keputusan. It's your choice. 

04 May 2012

Me trying to be more positive;



  1. Jaga solat.  Belajar kusyuk dalam solat, istiqammah san tidak melengah-lengahkan solat.
  2. Baca al-Quran selepas solat, sekuran-kurangya satu mukasurat.
  3. Puasa sunat hari Isnin dan Khamis.
  4. Bangun awal, mandi, Subuh dan jangan tidur balik.
  5. Fokus pada satu benda. Right now, fokus nak belajar.
  6. Cinta pada ilmu. Belajar untuk mendapat ilmu, bukan semata-mata nak lulus exam.
  7. Appreciate people. Family and friends.
  8. Buang phd. Perasaan hasad dengki.
  9. Belajar berzikir.
  10. Amanah. Jaga rahsia dan aib orang lain.
  11. Jaga aurat, jaga pergaulan, jaga hubungan dengan Allah dan manusia.
  12. Jauhi maksiat.
  13. Hafal lebih banyak surah.
  14. Learn something new. Learn to bake and play guitar.
  15. Penampilan kemas. Stop being someone else.
  16. Baca al-Mulk sebelum tidur.
  17. Pray.
  18. Menabung.
  19. Stop saying bad things about others.
  20. Bersangka baik.

Last but not least, keep smiling. :)

Hidup simple je kan sebenarnya, jangan duk nak complain ini tak betul, itu tak betul. Apa kata kita yang mulakan langkah membetulkan apa yang tidak betul tuh. Take an action. Dan ingat, kita tidak pernah berseorangan.

Think positive, people ! :3

03 May 2012

End here;

Aku dah tak berminat dengan apa-apa. Laman sosial dan kehidupan sosial. Sekarang nie aku hanya nak mencari ilmu., 

What will be, will be. The less I care, the less I'll get hurt.

01 May 2012

1957;


Rindu zaman negara ada pemerintah yang bijaksana. Yang mampu menyelesaikan masalah dengan rundingan dan perbincangan. Tak perlu nak buat rusuhan yang mengancam keamanan negara. Tak perlu nak hina anggota polis yang banyak berjuang untuk negara sebelum nie. Tak perlu nak main dengan politik kotor. 

Well, things change.

Changing for good is not an easy thing to do;


No matter how hard I try to change, things would always be the same. It can't get out from this freaking mind ! I was okay for the past few weeks. We were okay kan ? 
Haih tolonglah. Help me get over this thing. Setiap kali aku buat, aku akan rasa bersalah gila, malu dengan diri sendiri. Makin lama makin teruk nie haa. Tak berani nak bayangkan what's next. --"

Right now, I just need some times alone. 


Buang jauh jauh lah 10A kau tuh kalau macam nie lah perangai.