:)

:)
Syafira Burhanuddin // 21 // Applied Geology, UM

10 June 2012

Smile baby;

Aku anggap tiada rezeki. Mungkin ada salah silap semasa ditemu duga tempoh hari. Mungkin juga aku terlebih yakin yang aku akan dapat. Over confident. Entah, aku hanya anggap rezeki aku tidak sampai lagi.

Kalau 2 minggu lepas jika ditanya apa perasaan aku jika tidak dapat MARA nie, mungkin aku akan jawab aku sangat tersangat lah frust. Tapi sejak dua, tiga hari nie, aku macam berbelah bahagi nak tinggalkan UM nie. Aku terasa macam nak belajar di Malaysia. Sebab aku taknak jauh dengan orang-orang yang aku sayang. Aku takut jika aku pergi jauh, aku akan kehilangan mereka. Sampai ada satu masa aku berharap yang aku tak dapat MARA supaya aku tidak perlu untuk membuat keputusan.

Dan Dia tunaikan apa yang aku minta. Sekarang aku tidak perlu membuat keputusan apa-apa. Aku hanya perlu fokus di UM nie. 

Tipu kalau aku kata aku tidak kecewa, aku agak segan dah jeles bila dengar orang lain dapat pergi luar negara. Sedangkan aku dengan keputusan yang agak boleh dibanggakan ini hanya mampu menyambung pelajaran di Malaysia.

Tapi itulah dia. Rezeki aku belum sampai. Ada baiknya aku tidak dapat tawaran itu. Mungkin sekrang aku tak nampak lagi. Biarlah. Aku tidak kisah.

Good things always happened to those who waits.