Pengalaman di UTP sedikit sebanyak membantu aku dalam interviu kali ini. Formatnya sama, kita satu panel diberi satu task dan perlu berbincang untuk mendapat kata putus terakhir untuk task tersebut.
Pada mulanya aku risau kalau tiba-tiba minda aku tak mampu berfungsi dengan baik untuk mengeluarkan idea dan aku juga risau aku tidak dapat berkomunikasi dengan baik. Interviu ini dijalankan dalam sepenuhnya bahasa Inggeris dan aku ini berlidah melayu. Risau juga tak dapat nak memberi idea dek kerana bahasa.
Malam sebelum interviu aku ada memgogel sedikit tentang pengalaman sesiapa yang telah ditemu duga pada hari Khamis dan Jumaat yang lalu dan ianya sangat membantu. Siapa sangka aku akan dapat soalan yang sama hari ini. Task yang aku dapat sama dengan mamat nie. Silalah klik ye hikhik. Thanks again Ajin. :)
After habis diskusi dengan ahli-ahli panel yang lain, kami akhirnya mendapat kata sepakat dan bersetuju dengan apa yang telah dibincangkan. Sangat ohsem. Rasa sekejap sangat, tengok-tengok dah habis interviu. Tak rasa sangat pun macam interviu. Rasa macam berbincang dengan kawan-kawan je, yang lainnya cuma dalam bahasa inggeris.
Selepas itu, penemu duga itu adalah bertanya 2, 3 soalan kepada panel kami. Pelik jugak sebab aku ingat setiap seorang akan ditanya soalan. Mereka hanya tanya "What did you learned from this discussion?" dan kenapa kami satu panel nie pilih course psychology. Tuh jeh. Sebelum keluar, mereka tanyalah soalan biasa, "Any questions for us?" dan aku mengambil peluang untuk bertanya sama ada pinjaman ini boleh ditukar ke full scholarship. Pihak penemu duga cakap kita kena dapat 3.5 and above bari pinjaman ini ditukarkan ke biasiswa. Itu pun kita masih kena membayar balik 20% daripada pinjaman kita. Tapi semua bergantung juga dengan keadaan MARA nanti. :)
Dua, tiga benda yang aku boleh kongsikan yang pertamanya jangan terlalu nervous sampai kehilangan point point semasa perbincangan dengan ahli panel yang lain. Nervous sikit sikit tuh biasalah kan kan ? Keduanya, cubalah google pengalaman sesiapa yang telah ditemu duga tuh, sedikit sebanyak membantu jugak. Ketiganya, cukup sekadar kita menjadi ahli aktif dan memberikan pandangan. Tak perlu nak menjadi leader ke apa, yang penting tonjolkan diri.
Dan akhir kata, berseronoklah, tak perlu tension sgt. :3
Muka saya sucikan kan ? HAHAHA :3
p/s Yol, good luck esok! :D
P/s/s maaflah, tiada apa sangat yang hendak dikongsikan. :3